music

Wednesday, 6 September 2017

Pembiakan Seks dan Aseks


PEMBIAKAN ASEKS

Penghasilan anak dengan individu tunggal tanpa melibatkan persenyawaan (percantuman) gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovum) 

Pembiakan aseks ini tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana bahagian pada induk akan berkembang menjadi individu yang baru (anak). Oleh itu, anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan induknya yang disebut sebagai KLON. Terdapat sebanyak 5 cara pembiakan aseks:
BELAHAN DEDUA
PERTUNASAN
PEMBENTUKAN SPORA
PENJANAAN SEMULA 
PEMBIAKAN VEGETATIF

1. BELAHAN DEDUA

Pembelahan sel kepada dua sel anak yang serupa dengan sel induk
Berlaku pada organisma unisel seperti Ameba, Paramesium, dan Bakteria 


2. PERTUNASAN

Pembentukan tunas baru pada induk yang akan berkembang dan akhirnya terpisah dari induk menjadi individu yang baru. Anak yang terhasil mempunyai ciri yang serupa dengan induk.
Contoh: Hidra (sejenis haiwan) dan Yis (sejenis organisma unisel)



3. PEMBENTUKAN SPORA

Spora adalah zarah yang halus yang dihasilkan daripada satu atau lebih sel dan diselaputi dengan lapisan yang keras.
Apabila spora telah matang, ia akan disebarkan dan menghasilkan individu yang baru.
Contoh: Tumbuhan tidak berbunga seperi paku pakis, cendawan dan lumut.






4.PENJANAAN SEMULA 

Penjanaan semula adalah pembentukan organisma yang baru apabila bahagian 
pada induk rosak, pecah ataupun putus.
Contoh: Tapak Sulaiman, Cacing pipih (Planarian)




5. PEMBIAKAN VEGETATIF 
Pokok baru yang tumbuh daripada bahagian spesifik tumbuhan seperti 
batang, akar, dan daun pada pokok induk.
Terdapat beberapa contoh pembiakan vegetatif iaitu : Batang Rayap 
(Runner), Umbisi (Corms), Rizom, Bebawang (Bulb) dan Sulur

BATANG RAYAP:
Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan 
vegetatif bagi tumbuhan. Batang rayap adalah batang yang tumbuh 
menjalar atau mengufuk di permukaan tanah. Ia mempunyai buku dan ruas. 
Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang membentuk anak
pokok yang baru. Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan 
meninggalkan anak pokok ini terasing daripada induknya. Contoh: Rumput,
dan Strawberi








SULUR: 
Pucuk yang tumbuh daripada mata tunas yang terdapat pada batang pokok 
induk. Contohnya Pokok Pisang




UMBISI:
Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. 
Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Umbisi yang baru tumbuh di 
atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya. Contoh tumbuhan 
yang membiak dengan cara umbisi ialah sengkuang cina dan keladi.





RIZOM:
Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan 
tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. 
Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, 
akar, dan daun. Contohnya halia dan teratai.




PEMBIAKAN SEKS (SEXUAL REPRODUCTION) : 

Penghasilan anak melalui persenyawaan (pencantuman) antara dua gamet berbeza iaitu gamet jantan dan gamet betina.

1. Melibatkan dua induk yang berbeza jantina (lelaki/jantan) dan 
(perempuan/betina)
2. Ia melibatkan organ seks yang menghasilkan GAMET (sel pembiakan) dan
proses PERSENYAWAAN
3. Gamet jantan dikenali sebagai SPERMA dan gamet betina adalah OVUM 

PERSENYAWAAN : Percantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum membentuk zigot. Zigot akan berkembang membentuk embrio dan kemudian menjadi fetus (janin) sebelum dilahirkan.

No comments:

Post a Comment